Kerana-MU Aku Berubah
Tuhan, ampunilah
ketelanjuranku. Aku hamba-MU yang zalim. Aku hamba-Mu yang berdosa. Sudah
segunung dosaku ini. Sudah selaut dosaku pada-MU. Kemana harus kutuju dengan
tubuh yang kotor ini ? Sudah puas aku meratap. Akhirnya kusedari bahawa taubat
hanya ada disisi-Mu. Aku ingin bertaubat Ya ALLAH.. masihkah KAU terima
taubatku ini ? aku manusia hina ya ALLAH :'(
YA ALLAH..
Betapa banyak usia
kubazirkan dalam dosa. Aku ingkar segala perintah-Mu. Ku turuti runtunan nafsu
yang jahat itu. Apa sahaja bisikan syaitan aku ikut dengan rela. Kaki kuhayun
mencari maksiat. Tanganku memegang dosa. Sepatutnya nikmat kaki dan tangan
kugunakan untuk taat kepada-MU. Begitu juga dengan nikmat-nikmat lain yang KAU
anugerahi, yang aku terima secara percuma.
YA ALLAH..
Masih sudikah KAU
mengampuniku yang serba kotor ini ?
Aku bimbang ya ALLAH,
jika KAU tidak mengampuniku. Jika usiaku panjang, aku akan hidup dalam
kehinaan. Jika usiaku pendek, seluruh isi alam akan berkata ' Kami sudah tahu
di mana kau akan dihumbankan buat selama-lamanya'.
YA ALLAH..
Dosaku terlalu
banyak. Aku berasa malu. Namun, dengan penuh keinsafan aku merayu, kumohon KAu
memberiku dua perkara. Aku ingin memohon keampunan-MU. Aku pernah mendengar
mereka berkata, ENGKAU Maha Pengampun. Rahmat-MU juga Maha Luas.
Aku juga ingin
memohon kesempatan usia. Aku berjanji ya ALLAH.. dalam keinsafan dan kesempatan
usia ini untuk menjadi hamba-MU yang baik. Aku ingin menebus dosa-dosaku yang
lalu. Aku ingin menjadi insan baru, yang tahu bersyukur kepada-MU. Kumohon KAU
tidak mencabut nyawaku dalam kemurkaan. Kumohon KAU mencabut nyawaku dalam iman
:')
YA ALLAH
DENGAN RAHMATMU
AKU MOHON
PERTOLONGAN DARIMU
PERELOKKANLAH
SEGALA URUSANKU
DIDUNIA MAHUPON
AKHIRAT
amin.. amin.. amin
hanya pada-MU aku meminta,
memohon dan merayu
Ya Allah
Kau perkenankanlah
segala doaku
hati dan perasaanku
hanya ENGKAU sahaja yang tahu
Ya Allah.
sedihku, gembiraku,
risauku, cemasku
hanya ENGKAU yang
tahu
sesungguhnya ENGKAU
Maha Mengetahui.
hanya pada-MU ku
panjatkan syukur
ya RABB :')
0 comments:
Post a Comment