Friday 15 March 2013

Bacalah



Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk.
Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk.
Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.

Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri
"Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"




Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya.”


DUA WASIAT TERAKHIR YANG DITINGGALKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DIMUKA BUMI SEBELIUM KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W IALAH AL-QURAN DAN SUNNAHNYA.DAN SELAMA MANA MANUSIA BERPEGANG KEPADA DUA WASIAT TERAKHIR INI,MAKA SELAMATLAH KEHIDUPAN MEREKA DIDUNIA BAHKAN DIAKHIRAT KELAK.


Lantas sebagai seorang Muslim,dua wasiat terakhir itu seharusnya menjadi pegangan dan diamalkan.Bukan disimpan di almari kaca sebagai hiasan dan mengelapnya dari habuk setiap hujung minggu!Bagi sunnah Rasulullah S.A.W atau hadis-hadis Baginda,perlu dipastikan kesahihannya agar kita tidak terbelenggu dengan kedudukan hadis palsu yang banyak dipegang oleh masyarakat tanpa mengetahui sumbernya sekalipun bertujuan untuk kebaikkan.
Manakala A[-Quran,kalam Allah,bukan sahaja mendapat pahala apabila dibaca sekalipun hanya satu huruf,namun turun-nya Al-Quran sebagai perlindungan manusia daripada syaitan bagi mereka yang mengetahui.
Firman Allah Allah Ta'Ala,


وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۚ وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْآنِ وَحْدَهُ وَلَّوْا عَلَىٰ أَدْبَارِهِمْ نُفُورًا



'....dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al Quran, niscaya mereka berpaling ke belakang karena bencinya'
) Surah Al-Isra': Ayat 46)
Banyak lagi keajaiban kitab Al-Quran,kitab yang dijamin oleh Allah Ta'Alaa dari kemusnahan.Jadi bacalah isi kandungannya agar kita lebih tahu siapa diri kita dan kehebatan serta kekuasaan Allah Ta'Alaa.

0 comments:

Post a Comment

[Ukhwah Fillah]