Friday 22 March 2013

antara nasihat SYEIKH ALI TANTAWI



Wahai puteriku,
Pintu pemulihan (cara mencegah) ada di hadapanmu.
Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya
dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu,maka keadaan
akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku,
Bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh
jalan dosa buka wanita. Tetapi ingat,bahawa tanpa kerelaanmu
dan tanpa kelunakan sikapmu,mereka tidak akan berkeras
melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala
dan engkau adalah kambing,pasti engkau akan lari
seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri,
pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga
diri dari dicuri (sesuatu yang berharga darimu)

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu,iaitu
harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis 
yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan 
daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku,
Demi Allah! apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika
dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di 
hadapannya tanpa sebarang pakaian.

Demi Allah! jangan percaya terhadap kata-kata
sebahagian lelaki,bahawa mereka memandangmu
kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti
sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman
akrab. BOHONG! BOHONG! demi Allah dia Berbohong.
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara
mereka,pasti engkau takut dan ngeri.

Wahai puteriku,
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu,
dengan segala kerendahan hati,memohon kemaafan,
menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat.
Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

0 comments:

Post a Comment

[Ukhwah Fillah]